TRADING SAAT SIDEWAY ATAU TRENDING

By | October 5, 2016

SIAPALAH KITA? UNTUK MARKET NAK DENGAR CAKAP KITA.

1. Kenapa nak marah maki hamun market? kerana market tak pernah pun buat salah apa2 dengan kita.

2. Kenapa lak ada istilah market tak dengar cakap kita? padahal market tak pernah sekali pun bercakap dengan kita.

Market ni kalau dia nak gerak jauh(trending market) dia akan gerak je, tak peduli samada kita nak follow dia ataupun nak lawan. Sebaliknya kalau dia taknak gerak (sideway market) dia tak peduli kita nak maki terpekik terlolong . . .”Bilalah nak breakout ni oiiii !!!”.

Sebagai trader kitalah yang kene faham bentuk market samada sideway market ataupun trending market, bukannya market yang kene faham kita. Itu sebab perlunya ada stoploss, sebab kalau kita jenis trade swing dan hit stoploss beberapa kali itu petandanya market nak sideway. Bila market tengah sideway bolehlah guna strategy trade makan atas bawah, namun perlu jugak pasang stoploss kerana jika hit stoploss, itu petanda breakout market nak sambung trending semula.

Macam mana nak faham bila market tengah sideway atau trending? Setiap trader ada cara tersendiri nak filter situasi ini. Saya lebih suka menggunakan EMA50 dan EMA100 :-

1. Jika kedua-dua EMA ini dalam keadaan berdekatan dan mendatar itu menandakan SIDEWAY.

trading saat sideway

sumber : FB Abdullah Fakhri

2. Jika kedua-dua EMA ini dalam keadaan berjauhan dan mengembang itu menandakan TRENDING.

trading saat trending

sumber : FB Abdullah Fakhri

#TrendIsFriend_SidewayAndStoplossAlsoFriend

Sumber : FB Abdullah Fakhri (FTT Malaysia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *